| Tazkirah Ramadhan Al-Mubarak |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 02 September 2010 00:13 |
|
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi kebiasaan kepada suatu kebanyakan orang,tetapi sebenarnya menjadi mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T : hai orang-orang yang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa(Al-Bakarah:183).
Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara berikut : 1. Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela mengikut syara'. 2. Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain. 3. Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci. Contoh:nyanyian yang melalaikan. 4. Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan dan minuman yang syubhah. 5. Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.
|
| Last Updated on Thursday, 02 September 2010 00:54 |









































